Monday, February 11

si penggali kubu 3

malam itu iaitu malam last siapkan kubu,aku mendapat penjawatan iaitu seorang Runner di Pl 4.seorang Runner akan bersama Pl Komandan.tugasnya mudah iaitu melaksanakan arahan dari Pl Komandan.kalau Pl Komandan suruh kau panggil orang di Pl6,kau harus panggil.malah kau juga harus menjaga makan minum Pl Komandan.lebih mudah macam Bibix la.

malang sungguh bila Pl Kmnadan aku seorang yang gila.ya memang gila sehingga guys yang lain siap ucap takziah pada aku.malam itu selesai pertukaran jawatan,kami di sajikan dengan maggie.untung dok tengah padang ni masih ada ladies yang rajin memasak.aku sedaya upaya menyorokkan diri untuk tak mula tugasan sebagai Runner malam ini,namun hasrat itu berkecai bila Pl Komandan mula panggil dan mencari kelibat aku...argghhh kenapakah?

aku diarah untuk ambil maggie untuk beliau.fine aku buat.memang Pl Kmndan gila menggedik di situ minta aku suap beliau.cisciscis...dengan tak rela aku ikutkan saja.mujur selepas itu Pl Kmndan gila itu mampu suap sendiri.sudah la air minuman aku dikebas beliau...arghh..
malam itu tugasan sudah diberi.walaupun yang bertanggungjawab hanyalah Pl Komandan,Pl Sjn,Sek Komandan,tapi Runner dan Semboyan harus stay bersama.

menanti penyelesaian tugas itu sudah jam 2.gila punya asykar,jam 2 masih belum tidur,aku dalam ketika itu masih berfikir soal kubu yang belum settle.
mohon tiada Runner yang tumbang esok.jika tak memang rare.


di sebalik daun itu aku,Runner yang rare

No comments:

Post a Comment