Wednesday, February 13

si penggali kubu 5

senja itu angin tiup kencang.itu tanda hujan mahu turun.
hujan turun terlalu lebat sehingga aku dan Pl Komandan lost mahu buat khemah macam mana.angin terlalu kuat sehingga poncho hampir terbang.aku ke kubu Semboyan minta teduh di sana dan Pl Komandan ke kubu esparanza.waktu itu kami sudah lencun.

hujan serta petir berdetum hebat.aku dan Semboyan hanya berselimut di bawah poncho lalu tidur.jam 9lebih baru hujan diam.sudah la lapar,lencun,sejuk..ia tak tergambar.

malam itu pertukaran jawatan berlansung lagi.syukur jawatan Runner sudah bertukar tangan.

jawatan baru selesai.aku hanya prebet biasa.
aku dan bekas Pl Komandan pulang ke kubu.hujan turun lagi dan lebatnya masih sama.aku dan x-Pl Komandan yang sudah putus asa mahu naikkan poncho akhirnya ambil keputusan untuk berteduh di bawah poncho.duduk di tepi kubu sambil tangan menahan poncho lalu tidur sambil duduk.

sedar je laluan perhubungan kami sudah di penuhi air.lalu aku kejutkan x-Pl Komandan.
x-Pl Komandan gila sedang mamai ajak aku berdragon show di tengah padang.aku yang blur hanya ikut saja.

malam itu panjang dan aku tak boleh lelap.sudah la kasut basah,kaki aku sudah kembang.di tukar stokin baru kesannya masih sama.
malam itu aku cuma teman penggali kubu sebelah.walaupun laluan aku masih belum siap tapi mood langsung tiada.
malam itu aku dan x-Pl Komandan berbual kosong.cuma sinaran bulan dan bintang jadi peneman.
dalam gelap itu masih ada asykar yang semangat menggali

azan subuh sudah berkumandang dan aku masih tidak tidur.Pl Komandan baru sudah tiba.masa untuk aku berkemas dan blah ke kubu baru.
gara-gara Pl Komandan baru tiba terlalu awal dan terlalu semangat mahu kubu baru,kubu itu ditinggalkan dalam keadaan sangat tak awesome.
ok memang keji perangai begitu.tapi apakan daya Pl Komandan baru itu sangat tak sabar.dengan sandbag bersepah.aishh.aku yakin beliau sangat  kecewa.

pagi itu aku dan x-Pl Komandan berpindah.

No comments:

Post a Comment