Sunday, September 2

ke tigaenam kali

30080800H2012

hari terakhir praktikal.masuk office dalam keadaan jiwa bergelora.punca?..report tak siap lagi.muahaha...maka pagi ni aku edit apa yang patut,tambah mana yang kurang..email pada SV.garagara hari ni hari akhir,maka dia xmaw comment banyak.kata enFoxtrot kalau aku tak hbis intern,memang dia mahu saja aku edit lagi..puih...stress aku mendengarnya....tanpa pikir panjang aku burn terus ke cd.daaa diam.aku tak larat nak mengedit lagi.

gara-gara hari ni hari last dan aku bakal celebrate merdeka dari practical ni selari dengan hari kebangsaan msia,huaaa pihak siaraya pasang lagu bagaibagai.kata enFoxtrot,sepanjang dia kerja kat sini,bukan selalu hal ni terjadi.

selepas lunch hour,aku p hantar report ke BMI beserta punchcard dan borang lain.agak sedih bila tiada orang di BMI.aku harap semuanya selamat.sudah la report tu ibarat hasil titik peluh ku..huhu...moga-moga semuanya selamat.aku kepilkan dalam satu folder.heuww

since aku ni p kerja parents hantar,maka pergerakan ku dalam agensi ni hanya berjalan kaki.so,tadi nak hantar repot aku jalan dari B15 ke B13 ke B11.motif ke B13 nak jumpa pacik-pacik lab tu.tapi pintu berkunci.so aku terus ke BMI.pulang tu aku menuju semula ke B13.tetiba ada satu kereta berhenti.rezeki hari-hari last ni,rupanya enNik and d gang aka brader NIR..so,aku dengan separuh malu naek je.haha...trimas enNik dan teman-teman.entah bila ketemu lagi...chewaaah!

turun dari kereta teman enNik,terjumpa enRafiq...oOoOo pagi tadi beliau mai office ku,sudah ku nyata hari ni hari last,maka katanya kosongkosong ok! no big deal la..=p.tambah beliau lagi,lepas ni tak da gang la nak ajak p mancing...aku gelak besar
aku selesaikan segala misi di B13.pulang ke B15 di sapa pulak oleh pokguard.boleh jadi beliau musykil ada budak berkeliaran di sekitar agensi siang begini..hehe

petang itu semua pakat hilang.maka aku keseorangan..hurmm.jadi aku spent waktu dengan main game.nak buat apa lagi.laci aku semua pakat kosong da.meja pun aku da clearkan.aku hanya menanti jam 5..ngeee

sebelum pulang sesi bergambar berlaku.garagara hampir jam 5 baru nak masuk office,aku pulang sedikit lewat.agak janggal bila bergambar aku je the lady dalam group tu.nak wat camne da nasib.

apaapapun aku nak ucap trimas pada pihak KFK/BKS yang banyak bantu selama ni.memcurah ilmu,belanja makan,bawa jalanjalan,kasi tumpang kereta,ajak p mancing dan gang borak.pacik-pacik yang beri kerjasama masa aku buat projek.begitu juga brader guard dan pokguard yang baik sebab tolong buka palang bila aku pulang  XD.pengalaman bersama mereka satu cerita baru dalam hidup.peluang merasa alam pekerjaan sangat menarik.kalau ada rezeki habis sekola aku minta kerja kontrak kat sana ok.untunguntung jumpa depa balik..weee

tamat cerita intern

No comments:

Post a Comment