Monday, October 22

sebak tibatiba

walaupun aku dilatih menguatkan emosi dan mentaliti diri,tapi aku hanya manusia biasa.aku hampir tewas sebagai akak asykar semalam.air mata hampir mengalir tatkala kami baris petang semalam.mujur petang itu hujan turun renyai-renyai.aku masih mampu menyorokkan ekspresi sebak itu dengan baik.

semuanya bermula bila Si bajuputih di suruh bersorak.memandangkan Si bajuputih ini masih baru,mungkin ia malu.Atas dasar rasa malu dan segan itu dihadapan kesemua peringkat yang sedang berbaris Si bajuputih diberi hukuman.Disebabkan Si bajuputih ini masih baru,maka kekuatan tangannya tidak seperti Si bajuhitam dan Si bajucoklat.melihat tingkahlakunya,sekuad Si bajuputih yang berbajumerah ketika itu melaung dengan tibatiba.kata Si bajumerah ini mahu dibuat bersama-sama Si bajuputih.alasannya cuma mudah tetapi memberi kesan pada Si bajuhitam dan Si bajucoklat .

ujar Si bajumerah.....kerana dia sekuadku.susah biar bersama

kisah tindakan Si bajumerah berlarutan sehingga waktu makan malam.dalam hatiku sangat bangga.semoga semangat ini terus berlarutan selamanya. ^^

No comments:

Post a Comment