Wednesday, December 24

batas

tengahari itu aku beratur membeli makanan
beratur dibarisan yang agak panjang walaupun ada tiga kaunter
perkara biasa bila hujung bulan dan kau beratur die restoran makanan segera
kau boleh bajet berapa ringgit kau habiskan untuk nafsu hari ini

kakak bertudung hitam,berkemeja biru menyatakan kepada rakannya bahawa rakan sekerja tetap rakan sekerja dan tak boleh jadi rakan baik
aku kunyah setiap perkataan yang aku dengar dan aku nampak logiknya di situ

mengenali seseorang sebagai rakan dan rakan sekerja penerimaannya berbeza
mungkin sebagai kawan,kau boleh anggap dia teman terbaik,tapi belum tentu dalam urusan kerja dia seorang yang sangat boleh di harapkan.
sebab tu bukan semua rakan sekerja boleh jadi bahu menangis
tapi bukan maksud aku tak boleh langsung.ada juga individu yang boleh menjadi rakan baik dan rakan sekerja cuma peratusan tu kecil

No comments:

Post a Comment