jadi semalam rakan sekelas sekolah menengah yang ke berapa sudah melangkah ke peringkat seterusnya..alam perkahwianan
semalam aku menghadiri bersama rakan sekelas yang juga jiran lama
orang yang dahulunya setiap hari jumaat akan teman aku dan adik pulang ke rumah
soalan paling win setiap kali bertemu "kau bila nak kahwin?"..well kalau mencari jodoh itu seperti membeli pisang goreng cheese coklat pasti ia mudah
namun mencari jodoh ini seperti membuat macaroon,ramuannya mungkin mudah,namun kalau tersalah aduanan memang penghasilan macaroon itu gagal.kau lihat sahaja bagaimana akak kat luar sana menjual macaroon dengan harga yang mahal
aku sehingga kini masih berfikir kenapa harganya mahal walaupun pembikinan dan ramuannya mudah
begitu la kawen,sebut macam mudah..mencari pasangan itu rumit
lebih lagi bila perkahwinan itu bukan melibatkan dua pasangan tapi dua keluarga yang kita tak pernah hidup bersama
No comments:
Post a Comment