Monday, June 18

jerebu

"Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim




bila aku diam tak bermakna aku tak tahu.
bila aku senyap tak bererti aku suka.

kenapa aku diam...kenapa aku senyap...ia bersebab

cuba kau lihat di luar tingkap.ada jerebu menutup awan...menghalang cahaya.kau sangka hari mahu hujan,tapi sedar tak cuaca masih panas seperti selalunya.

begitu juga aku,bila aku rasa aku tak mampu buat apa-apa,aku biarkan airmata mengalir perlahan membasahi pipi sambil dalam hati meronta meminta bantuan pada Tuhan.pada siapa mahu aku katakan kalau bukan pada Tuhan.sesungguhnya Dia lebih tahu akan rasa sedih dalam diri.

kita sedang diuji.Ya!...hidup itu punya cabaran dan kita diuji samada mampu atau tidak.aku mungkin tak mampu bertindak dasat sebab aku harus sedar masih ada kuasa yang mampu bertindak untuk segalanya..Ya aku cuma manusia biasa yang tak lari dari permasalahan.umum la ini mainan hidup.hidup tanpa cabaran ibarat mandi tapi tak basah.

No comments:

Post a Comment