Monday, September 26

kisah pelayan

petang jumaat tamat kelas geografi terus kita berlari-lari ayam pulang ke desa.agak bahagia pabila perut gendut dengan berisikan char kuey teom lipan dan cendol...memang superb marvelous sebab rotijohn maya menjadi peneman.mana tidak,backup itu harus sebab malam nak berlari  ketimur-in hotel.


arahan yang kita terima harus berkumpul di lobby tepat 1800.so,tak kan la time tu baru nak gedik-gedik bermake up..betol tak?jadi 30minit awal kita tiba di lobby bersama rakan-rakan.berbekalkan baju pelayan dan kasut kilat,kita menanti yang lain...masa terus berlalu sehingga kita dan rakan-rakan berkira-kira mahu bertolak dulu meninggalkan yang kelewatan.namun,perkara demikian tidak harus terjadi,kerana yang bakal tertinggal ialah mereka yang bergaris tiga pada bahu atau dada...


cis!..ketidakpuasan hati berlaku.sudah lambat boleh pulak bercat walk.tahu la garis dibahu sudah bertambah,tapi tak bermakna tahap berlagak harus ikut sekali


..........


ketibaan kami di timur-in hotel agak lewat sehingga rehearsal sudah berlangsung untuk berapa kali pun kita tak tahu.sampai-sampai je hampir semua sudah berdressing lengkap dan mengambil posisi masing-masing.sumpah kita cakap...agak blurr itik la juga melihat gelagat makhluk-makhluk nie.tanpa lengah kami terus sambar bungkusan nasi goreng ayam dan berlari-lari menukar uniform...


ketika itu rasa diri umpama model runaway sebab diberi waktu kurang dari 10minit untuk bersalin dan berada dalam keadaan kekenyangan.di jadikan cerita..akibat kelewatan,perkhidmatan kita dan rakan-rakan serta makhluk bergaris tiga dibahu tidak diperlukan.kehadiran kami umpama memenuhkan ruang kawasan..jujur kata agak lega sebab makan malam mental ini penuh protokol,tapi harus ditekan kan bahawa agak buhsan membiarkan waktu berlalu dengan pembaziran.


............


secara overallnya makan malam mental untuk pegawai baru berjalan lancar.tapi tak sememstinya sempurna pasti ada cacat celanya.kesilapan itu jelas terpancar gara-gara pihak hotel baru pertama kali menganjurkan makan malam yang penuh protokol itu.jelas terama tbahawa krew-krw timur-in hotel agak kurang bersedia.tapi itu semua pengalaman yang menjadi pedoman..apa yang kita pasti,pegawai baru sudah diberi pengajaran oleh mereka yang berada di atasnya...harap-harap perkara ni tak terjadi waktu kita menjadi pegawai nanti




*fakta menarik:makan malam mental dilakuakn pada pegawai baru yang telah dinaikkan pangkat pada satu level baru.pada waktu nie,tahap mental setiap pegawai baru akan di uji terutama dalam etika pemakanan.pada waktu makan mereka akan diiringi oleh orkestra kecil dan nada suapan harus sama dengan suapan makanan...






~fin

No comments:

Post a Comment