Thursday, September 22

latihan fizital

hari nie hari khamis.jadi seperti khamis 4bulan yang lalu,perjumpaan bersama warga MCK menjadi rutin.petang khamis harus ada latihan fizital iaitu "fizikal +mental = fizital"...so,macam biasa la,selagi peluh tak mencecah bumi,muka tak macam anak mami,otak mencair tak henti-henti dan lidah terjelir sampai ke kaki.

petang tadi menjadi malang gara-gara kemunculan kak yan.adeyh...muka warga MCK pakat kerut kerit bila kelibat kak yan tiba.dalam diri mula bermimik sendiri 'apa la malang nasib diri petang nie'..apa-apa yang bakal jadi terpaksa la kami redha kan saje.

dijadikan cerita,kita dapat pengecualian gara-gara terlibat untuk satu upacara.namun malang bagi yang laen.latihan mereka hari nie harus memanjat bukit demi mencari restu.aduish...tidak cukup dengan berlari,dipaksa pula menjadi kuih gulung demi mencapai kerestuan itu...disuruh gulung dari tepi,tak cukup lagi di gulung pula dari depan....malang..sebab masa tak mampu berpatah balik..kak yan hanya jadi tukang perhati sambil mulut buat bising tanpa henti.

tapi apa daya,gara-gara latihan fizital itu,satu warga hampir nazak dan kehilangan nyawa...waktu itu la tahap cuak melampau menyelubungi kak yan.....

No comments:

Post a Comment