Saturday, November 19

penat masa sendiri

sudah 2 malam tido kami bertemankan bulan dan bintang.tapi malam ke-3 itu,malam terakhir kami menginap di tengah-tengah ladang sawit,tanda-tanda kemunculan bulan mahupun bintang sedikit samar.apa yang bermain dari tadi hanya kepulan cahaya di awan gelap menunjukkan tanda mahu hujan.

memandangkan esok merupakan hari serangan yang bakal kami lakukan,sememangnya kami mengharapkan sedikit ruang menghilangkan kepenatan.thundercat soljer diberi arahan untuk mendirikan khemah kurang dari satu jam.so,apa lagi bertungkus lumus la semua.tungkus tak tungkus,lumus tak lumus la jugak.disebabkan jumlah ladies di kalangan thundercat soljer agak ramai,maka banyak sangat idea collision yang terjadi.yang tak boleh blahnye,dalam kesempitan ruang ini,masih ada yang cuba mencari keselesaan.aiyoo,kalau rasa nak selesa tido kat katil rumah je la.

idea collision di antara ladies,memang banyak kerenahnye.waktu dan ketika itu kita dapat lihat penyatuan hati sama ada mantop atau layu.kecoh tak kecoh la jugak.sebab kan sikap kami yang agak slow macam kura-kura,maka YOP sudah mula sakit mata.di suruhnya kami berkumpul di satu kawasan.selesai berkumpul kami di arahkan untuk down!..so ape lagi front support position la kan..arahan seterusnya kami diminta untuk side roll ke kiri ke kanan..gila!tempat tu da la berbatu-batu,terpaksa la di layankan.tak cukup tu,kami di minta crawl laju-laju pulak.memang telan pasir la kan.
kalo ditengokkan umpama kura-kura mahu pulang ke lautan.

disebabkan kami tak mahu mental down,maka dilyankan saje dengan hilai tawa gembira.tak kira apa jadi,ukiran snyuman harus terpancar...cuma dalam kegirangan kami menikmati semua itu,ada pihak mula "mental"...rupanya,sumpah macam nak histeria.dah la kita sama line dengan dia,cuak tak cuak la juga.biasa la,bila emosi mula bercampuran,kegagalan untuk adapt dengan keadaan menjadi satu kepayahan.
.
.
.
.

mujur malam tu hujan turun rintik-rintik sahaja.rintik tak rintik,basah juga baju kita.khemah berjaya juga kami dirikan,tapi tak lah sempurna mana sekadar cukup menjadi tempat perlindungan.kasihan kerana ada terpaksa tido dalam kebasahan,sebab ada lubang yang kami terlepas pandang.nak jadi cerita,mereka yang terpaksa menjadi sentri malam tu,tiada ruang untuk berteduh.nak himpit ruang yang ada memang da tak muat da.so,kita gang BK terpaksa built up lagi satu khemah.tapi khemah kami memang unik sedikit.dengan sedikit ruang dan kelimitan ponco kami gagahkan juga akal nie mencari idea.

gila tak gila la jugak.tali hujung khemah kami pacakkan saje di mana tempat yang bisa.asal boleh berdiri sudah mencukupi.boleh pulak satu tali tu kami pacak pada nipah yang sudah keguguran.YOP yang melihat keadaan itu,tak habis-habis sumpah seranah kami dengan menyebut kami gila!...lantak la apa nak jadi,janji dapat tido.tapi dalam kedaan macam tu juga la,nyenyak tak nyenyak kita tido sampai ke subuh.


p/s:zikir YOP:kadet gila...kadet gila...T_T

No comments:

Post a Comment