Thursday, November 17

mengong masa sendiri

sejak balik dari latihan pra-annual camp nie,pemikiran kita masih lagi rasa terawang-awang.nak kata mereng tu tak la sangat,boleh jadi culture shock sedikit barangkali.mana tidaknya,bila mana terpisah hampir seminggu dengan dunia luar ibarat kera pulang ke bandar.masih rasa badan nie sedang menikmati detik 6hari tanpa kehidupan yang tiada susunan.5hari 4 malam tak mandi weyh,dengan tido bertemankan bulan dan bintang.badan beralaskan ponco bagi menutup permukaan tanah.dengan surrounding yang kita sendri tak biasa.

jujur kita cakap,sebagai seseorang yang membesar dengan bangunan-bangunan tinggi di sekelilingnya,keriuhan deruman kereta serta hiruk-pikuk sikap manusia.semua yang berlaku ada kalanya terlalu asing untuk kita.sepanjang kita hidup,tak pernah kita join camping segala nie,kalau ada pun semua jenis duduk dalam bangunan yang ada penghawa dingin.semenjak join MCK nie pendedahan kehidupan lain memang mengujakan.

memang pada mulanya kita join sebab kita nak uji ketahanan mental dan fizikal diri,apakah mampu kita face off semua ini?so far,alhamdulillah masih mampu.sebab lain kita join MCK juga sebab kita nak lupakan en.kambing,ye la bila diri ini disibukkan maka tidak ada ruang buat akal untuk teringat kat en.kambing.jadi akibat dari semua sebab yang tidak ada penyebab,tahap hati kayu itu makin terpacak pada diri.tahap perasaan itu tiada,tahap interested pun macam tak kisah.barangkali bukan dalam agenda untuk masa ini.

.
.
.
.
cerita 5hari 4 malam bersama thundercat soljer memang terlalu banyak isinya.
tak semua rasa mampu diluah dengan kata-kata
pengalaman yang kita terima banyak memberi kesan pada jiwa
pada ketika itu kita mula mengenal apa itu perasaan,macam mana nak kawal perasaan dan akhirnya jadi tak ada perasaan
kekuatan mental menjadi kunci utama
tak perlu badan yang sasa jika gagal mengawal emosi diri untuk jadi sempurna

.
.
.
.
ada waktunya.,bila kita sudah terlalu letih,ukiran senyuman masih mampu terpancar
bila mana badan mula keletihan,datang pula si pendengki menguji ketahanan bagaimana kita masih mampu bergelak tawa dan menikmati apa yang dikurniakan
bila mana rasa badan ini mahu menyerah,dikuatkan jiwa untuk terus sampai penghabisan
bila mana kita melihat dia,rasa tercabar mula tersemat dalam jiwa





p/s:kepada thundercat soljer dan seksyen kita,korang ajar kita banyak benda.korang memang mencengkam jiwa

No comments:

Post a Comment