Thursday, February 23

eksesais hancur badan 8

16February

sedarku pagi ini lebih awal dari biasa.waktu menunjukkan 0430H...mak aiih awalnye.maklum la kau harus bersiap 0530H kau akan mulakan langkah ke kawasan musuh.kedudukan harus diambil awal,agar musuh tak sedar kehadiranmu.

hari ni aku mendapat taha baru.aku seorang runner.membontot platun komandan tak kira dimana jua.macam Digi,sentiasa bersama.

tahap adrenalin pagi tu terlalu tinggi.rasa seperti nak pergi perang sebenar je.dugaan pagi tu agak besar aku rasa.kau bayang saja la,sudah la taktikal.maka sebarang penggunaan cahaya adalah terlarang.berpandukan anak mata ni la aku berjalan.posisi kami terlalu rapat antara satu sama lain,sebab takut terpisah.beberapa kali aku terjatuh sebab gagal membezakan kawasan tanah rendah dan tinggi.walaupun sakit,aku terpaksa akur

apa yang jadi pagi tu semua ada hikmahnya barangkali.cuba bayangkan kadar acceleration pagi tu lagi tinggi dari jalan waktu siang.terlalu laju,bagai orang kena sampuk je yang tunjuk arah tu.aku pun pelik kenapa la kalut sangat.nak sampai awal punya pasal last-last kami sesat di tengah ladang sawit....hameeek kaw...kalut sangat sampai terlepas simpang.dekat 200meter la jugak.tak pasal-pasal patah balik

walaupun sesat kami dapat ambil kedudukan dalam waktu yang dijangka kan.aku dan platun komandan menunggu ditempat yang sama.kami menunggu sampai jam menujukkan 0700H.

tepat!tembakan GPMG menggegarkan subuh padang meha.akak dan abang soljer mulakan langkah.walaupun sepatutnya mereka crawl,atas dasar berani yang PGB maka semua berjalan  merentas kubu pertahanan.aku yang melihat dari belakang sangat terkasima...akibat terkasima melampau,aku nyaris terlanggar vavi hutan  yang berjalan laju merentas semak.
aku,semboyan dan platun komandan berhati-hati selepas itu

masa berlalu pantas.dengan hujan turun rintik-rintik.rumput yang licin lagi lembap...30minit...selesai!
thunderflash  berwarna hijau dilepaskan.tanda tembakan dihentikan.thunderflash kedua dilepaskan tanda atur semula.semboyan dan sarjan sibuk sekali mengira anggota dan melaporkan keadaan.

perkataan "seroja" dikhabarkan.tanda perang sudah tamat



sekian....

No comments:

Post a Comment