Tuesday, February 21

eksesais hancur badan 5

senja mula berlabuh.malam mula menjelang.malam ni kami di harbour baru,ia tetap sama bersaksikan pohon sawit.apa yang sedih mulai malam ni,kami harus tido satu pokok dua orang.risau pun ada juga,ni semua gara-gara permintaan penguji.tak kisah la jarak antara aku dengan pokok sebelah tak jauh mana,tapi di tengah ladang ni macam-macam boleh jadi

sarjan din khabarkan bahawa penguji memasang misi mahu mencuri weapon kami.aduhh kau bayang je la bila da letih,apa jadi pasti kau tak sedar.puas aku dan GG kina memikirkan cara nak hide weapon kami.last-last kami silangkan weapon pada badan buat jadi bantal pelok medan.walaupun ia tak seempuk bantal di kamar,tapi tu da kira masyuk la aku rasa.

malam ni taha bertaut semula.tugas ku sebagai prebet biasa tamat.kali ni aku mendapat amanah sebagai IC mortar..perghh mortar pulak.mujur aku tak keseorangan,akan ada teman yang berganding dengan ku.tapi serius tak bole blah bila krewnya merupakan mrA...bergabung lagi kami berdua....gila lawak.

bila sudah bersama,maka dia mana ada dia,maka akan ada aku  >_<''

No comments:

Post a Comment