Tuesday, February 21

eksesais hancur badan 6

kalau dulu cintaku di padang meha bersama lembu dari new zealand.
sekarang cintaku berputik semula bersaksikan mortar


14February

kalau sebelum ni asyik clearkan bound,hari ni sudah ada contact pula..(contact merupakan satu tempat yang memang ada musuh,tapi jumlahnya sedikit.apa yang menarik kau akan main tembak-tembak dan cara berjalan kau akan menjadi ganjil gerak dan genap gerak...posisi ulat bulu)
 .
.
.
.
siang berlalu pergi.kulit mula berubah wajah.walapun kau da touch up lebat di rupa,kalau nak burn tu burn la jugak.tona muka mula berubah.dalam hati memang target nak tenyeh garnier puas-puas kat muka biar putih semla.mungkin tak banyak,tapi at least cerah la sedikit...huhu

langkah terus di atur.hari ni kami ke harbour terakhir.syukur...ini bermakna penghujung camp kali ni hampir ke penghujung.lafaz sapi golek yang selalu aku sebut semakin hampir.telinga aku hanya menanti "seroja"...perkataan kemenangan bagi segenap lapisan peringkat


15February

pagi ku masih tak berubah...cuma pagi ni tiada lagi mara.segalanya hanya persiapan menyerang Lanunland pada pagi 16February..segala perjalanan kami hanyalah untuk semakin dekat dengan kawasan Lanunland...lokasinya tak jauh mana.ada la dalam 1km.bila sudah dekat,maka segala jenis aktiviti harus menjadi rahsia.siapa tahu ada pasukan risik mengintai kami

aktivity siang ni mudah saja.kau harus siapkan model sebelum menjelang 1500H.biasanya model ni akan platun komandan guna masa baca orders nanti.basicly dia akan explain segala perancangan nak attack kubu Lanunland nanti.sementara platun komandan,seksyen komandan dan tinjau pergi tinjau.prebet yang tertinggal bertemankan sarjan lagi sibuk membikin model

waktu kau buat model ni kau akan terkenang zaman kanak-kanak yang cute lagi sweet.kau akan bermain dengan tanah membuat bukit,menanmpal lumut pada tanah yang kau bikin membuktikan tanaman hijau,membuat sungai menggunakan kapur...semua itu terlalu indah walaupun ia tak sesuai dengan umur bagi menikmati semua ni

No comments:

Post a Comment