Tuesday, February 21

eksesais hancur badan 4

13February

pagi ku masih seperti semalam.tiada yang berubah,cuma taha di bahu sudah tercabut.
pagi ku masih lagi bertemankan pokok sawit.mungkin lokasi berbeza,tapi background masih serupa.segala kelengkapan sudah terkemas.dedak juga sudah terhidang...hari ni berbekalkan roti dan mee goreng sebagai pembuka selera.tak tahan perut aku,makin masuk medan,makin sedap juadahnya.

walaupun kami di medan,tata tertib makan masih terjaga.jurulatih masih makan secara berhidang.pinggan tersusun rapi seperti kau sarapan pagi di rumah,kerusi semua siap sekali.

tugasan hari ni masih seperti semalam.ada dua bound yang harus di selesaikan.aku harap bentuk muka buminya lebih baik dari semalam...cuaca juga biarlah redup dan berangin..selesai menampal make up pada muka...langkah mula tersusun

.
.
.
.
.

bound hari ni selesai.mujur tiada yang sesat seperti platun semalam.

makan tengahari ni di kawasan rumah orang.ada tetamu yang hadir iaitu penguji.waktu stand too tadi agak malang buat seksyen kami,sebab Mejar Nan tak sudah-sudah bertanya soalan.sempat pula dia promote kami untuk teruskan perkhidmatan soljer ni.aku yang dari tadi mahu lelap sebentar gagal..sudah la posisi tiarap da habis baik.bila diganggu maka kebolehan mata terpejam hancur

langit mula menjadi gelap.tanda hujan mahu turun sangat tinggi.hatiku mampu berdoa semoga angin membawa awan gelap pergi.bukan tak mahu bermain hujan,tapi aku tak sanggup pikul beg berat.walaupun sudah duaharisetengah aku tak mandi,tahap gatal pada badan masih terkawal

No comments:

Post a Comment