Sunday, February 19

eksesais hancur badan 2

12February

bangun pagi aku sedikit awal.barangkali masih tak dapat adapt dengan suasana baru.aku sarung stokin,cuci taek mata,cuci taek gigi kemudian kemas tempat beradu.semuanya kami lakukan sebelum fajar menyinsing tiba

awal mula pertama mula,aku diberi tanggungjawab yang sedikit berat pada bahu.memakai taha yang ada huruf "v" satu baris.aku seorang lans koperal,menjadi pembantu kepada koperal.tugasnya tak la payah mana.seperti penolong kelas membantu ketua kelas je.apa yang membezakan ialah weapon yang aku kena pikul.kalau orang lain bawa weapon berat 2kilo,aku kena bawak 7kilo....mak aiih nasib..nasib
sudah la begpack aku bertambah berat dengan bullet yang sudah hampir tujuh kotak kesemuanya.

selesai berkemas kami semua mendapat dedak.dedak mee goreng,sangat enak untuk tenaga hari ni.aku di maklumkan bahawa laluan mara kami sedikit terbuka...ok!bukan sedikit tapi memang terbuka.di lereng bukit pokok sawit...tapi sawit yang baru nak muncul...kau paham je la,dengan cuaca khatulistiwa...memang jadi anak mami la lepas nie...>_<''

tugasan hari ni harus clearkan dua bound.(bound ialah suatu tempat yang disyaki ada musuh)..bound pertama hari ni sangat mencabar.kawasan tanah tinggi..walaweyh,dengan matahari dok pacak atas kepala semua harus daki mengikut paksi.mujur lokasi ku di tepi sekali,maka aku dan cikgu terkecuali dalam pendakian ini.malang bagi yang lain

akak dan abang soljer yang lain harus gagahkan diri juga.ada akak soljer cuba mendaki tanpa putus asa walau kecundang beberapa kali.kasihan melihatnya....naik...jatuh..panjat lagi...jatuh...cuba lagi..jatuh...akhirnya da macam kura-kura terkapai mencari bantuan.....kasihan

dalam terik men'clearkan bound,boleh pula ada yang menjerit tak tahan nak terkucil...geli hati kecilku ini...akhirnya selesai juga bound pertama.maka kami disuruh rehat...mana taknyaramai pula nak terkucil time ni.barangkali ada yang malu nak bersuara tadi

perjalanan diteruskan untuk dedak tengahari...walaupun makan di tepi tanah tertinggal,itu semua buat aku jadi regardless,asalkan perut ku berisi

matahari masih menapak lagi...langkah terus tersusun ke harbour pertama
(harbour ialah tempat berlabuh,dimana port ko akan berehat membuang lelah dan memejam mata.pentadbiran juga dilakukan kat sana)

No comments:

Post a Comment