Tuesday, February 21

eksesais hancur badan 7

masa berlalu pantas.terlalu cemburu untuk akak dan abang soljer.semua pakat kalut sebab model tak siap lagi.sudah la ada panglima mahu datang.katanya nak lihat persembahan orders.barangkali eksaited nak dengar apa yang platun komandan nak merapukan..huhu

gara-gara tak sempat nak siapkan segala,maka tak sempat untuk makan tengahari...pergh gila sadis.kata seksyen komandan makan harus jadi perkara terakhir.sama ada rela atau tak aku harus redha.sudah la lauk tengahari ni menguji selera...sabo je la.terpaksa aku korek bagpack yang berselut itu mencari secebis makanan...alhamdulillah nasib ada baki choki-choki..itu la peneman setia yang ada..

sewaktu orders di sampaikan,prebet-prebet lain mengambil kedudukan sentri...walaupun time sentri ni kau boleh ambil peluang untuk membuta,tapi ia tetap tak selesa.hampir dua jam pada posisi meniarap.habis semput jantung ku terasa..hari ni memang rezeki.apa yang terjadi kau harus terima.kau bayangkan saja,sudah la perut berkriuk-kriuk kelaparan,tiba-tiba hujan turun membasah bumi.kata soljer!,tak kan kau nak tutup badan pakai ponco.tak regardless la namanya,jadi walau hujan turun menimpa,posisi kau masih sama.meniarap dengan nato atas kepala sambil memeluk erat weapon rapat ke dada

No comments:

Post a Comment