Thursday, January 17

harga tiket

jujur aku akui,kerajinan untuk pulang demi annual camp belum tiba
walau sudah bertapa hampir 5hari tapi mood itu masih malas
kenangkan duaminggu akan datang aku bakal kekurangan kadar pejam mata
maka aku gunakan waktu di rumah untuk pejam puaspuas
sememangnya duaminggu akan datang aku akan balas pejam mata ini bertubitubi

siang tadi aku ke hentian.niat mahu beli tiket untuk pulang.sama ada suka atau duka,tugas itu harus di galas juga.

nasib yang bertuah pabila harga tiket cuma rm35 dimana ia sama jika aku naik dari hentian di Kolompo.aku siap nyatakan pada bradeer tiket apakah itu harga tiket sebetulnya..maklum la selalu aku beli rm40.bukan tiket lastminute pun..aku musykil..malah brader tiket siap persoalkan..tak kan saya nak ambil lebih dari yang system tulis ni?..aku diam..waa jujurnya

jual beli tiket selesai

aku pulang dahulu di ikuti adikku selang 4hari.tiket beliau belum di beli garagara agak cerewet untuk urusan jenis pengangkutan dan jam bergerak.beliau telah usha tiket bermula dari kaunter paling kehadapan.walau destinasinya sama seperti aku,tapi mengejutkan pabaila akak tiket dengan selamba mengkhabarkan harga tiket ialah rm45...tudiaaa punya make up.adik berlalu ke kaunter sebelah.baik ada pengurangan,rm 43..ishish dasat sungguh...adik berlalu ke kaunter sebelahnya lagi,rm40..nampak mainannya.ke kaunter seterusnya,ok harga tiket rm43...erkkk apa kehaiinya yob?

nak kata agak musykil memang tipu,sebab kami terlalu musykil.tiket aku cuma rm35 dan lokasinya adalah kaunter paling hujung dan terkebelakang.pelik.jarak antara kaunter walau di pisah oleh dinding plaster harga tiket adalah berbeza 

No comments:

Post a Comment