Monday, August 15

suratan atau kebetulan

guruh sudah mula berbunyi.tanda hujan akan turun sekejap lagi.malam nie tido pasti beralaskan selimut,berbantalkan timbunan kapas yang disusun rapi...

tipu la kita cakap kalau tak ada orang yang mahu jadi HEBAT,nampak HEBAT dan terlalu HEBAT.....

tapi...
penggunaan HEBAT perlu pada waktu dan keadaan yang cucuk sekali.kalau diri rasa nak jadi HEBAT supaya DIhormati dan DIpandang tinggi,simpan je la impian tu dalam pencil box.pastu tutup rapat-rapat biar sampai ketat.


 tapi...
masalahnya,bila kita nak nampak HEBAT ni mula la tambah secukup rasa buatan knorr.ye la kalau tak bubuh,tak gempak la ceritanya nanti.cerita kalau biasa pun mampu jadi luar biasa akibat penangan secukup rasa.agak-agak da rasa sedap mula la hidung tinggi tak henti-henti..kata-kata puji diberi sampai rasa tak kuat kaki.

tapi...
ada ketikanya penggunaan HEBAT pada arah yang betul mampu menjadi satu motivasi.keinginan seseorang itu untuk mencapai seprti apa yang didengari.menjadi peransang untuk diri..mana tak nya sebab perkataan TERcabar muncul dengan tak reti henti.

jadi...
terpulang pada diri untuk menggunakan pada arah yang bagaimana.sebab yang untung pun diri sendiri.yang rugi pun diri sendiri juga.ada akal boleh fikir.ada mulut boleh cakap.ada mata kasi lihat la...



~sekian

No comments:

Post a Comment