Sunday, March 31

aku tunggu


kalau aku suka dia
itu tak bermakna dia harus jadi milik aku
sebab aku tahu aku sedang tunggu sesuatu 
ya!sesuatu..kehidupan.kesudahan kehidupan yang baik 

Saturday, March 30

mohon waktu

pertama aku nak minta maaf untuk segala kata yang aku lempar
mungkin kata itu pendek dan sedikit direct,sebenarnya bukan aku minta,dah kau start dulu nasibla terkena akibatnya

kedua aku minta maaf jika kita bicara aku tak bertentang mata
aku belum sedia..boleh jadi api dalam jiwa masih belum suam lagi
kalau ikut hati setan,memang da lama bukulima aku sampai kat muka tu

kalau baran tahap volcano aku muntah lava,aku yakin incredible hulk pasti cabut lari tengok mata aku
kalau kau rasa nak tengok silakan cari pasal lagi

maaf lagi..word aku jujur sangat tadi

maaf jika yang lihat perkataan ini agak kasar,aku sedang cari cara bersih melepas amarah dalam jiwa
marah sebab apa?..ya mungkin untuk marah yang tak bersebab
 mungkin jiwa ini perlu dirawat.kerana habis pembunuhan pada nyamuk liar berlaku
sori nyamuk kau datang waktu yang silap

Tuesday, March 26

dari kerana mata

beberapa hari yang lalu,aku dalam mood gedikgedik join pemilihan olahraga.haiish bila da lama tak main ni skill memang da ke laut.acaranya hanya guna tangan sebab bab berlari ni memang aku muak.well itu alasan sebab kalau masuk konpem kalah da..

maka aku ke sesi lontar peluru.jarak yang sangat kecewa.less than 6m.memang sah la aku tak mampu.

nak jadi cerita ada satu mamat ini yang aku dan Dudu perhati sejak tadi.gelaran yang sesuai adalah Badang sebab badan dia berketaq macam Badang..huahuahua
Si Badang ni memang poyos,sebab semua game dia nak pulun.so masa dia ke bahagian lontar peluru,aku dan Dudu usha dari tepi,niatnya mahu tengok skill balingan..sedang Badang ambil posisi untuk baling buat kali ke-4,tiba-tiba focus dia lari..alasan terlihat mata

mata?..mata aku la tu...[mood:gatal]....the power of eyes..baru tengok.kalau aku kenyit sikit mahu peluru tu jatuh ke kaki...  XD





p/s:tadi ketemu Badang lagi.sedang aku syiok borak dengan adik dia pass by dan terus mati enjin motornya...aishh baru aku jeling da mati enjin.kalau aku tenung nanti mahu langgar tiang lepas ni...^_- 

Friday, March 22

anjakan

nak berubah itu mudah
tapi mengekalkan perubahan itu yang jadi permasalahannya

kita kalau nak berubah jangan terlalu drastic
nanti nak kekal payah

bila berubah kita kena tetap pendirian
ya..mula-mula tu agak sukar,cabaran tu memang ada

tapi kita manusia...bukan Tuhan..bukan separa Tuhan
tapi kita kena kuat..kuat melawan anasir yang tak baik ni..bukan semakin kuat melayan anasir yang tak baik ni

normal la..kita bila nak mula sesuatu tu memang berat..tapi ada kesungguhan,ada kemahuan,ada keinginan pasti ada jalan

jalan menuju neraka itu mudah walaupun kesannya berat
jalan menuju syurga itu sukar tapi kesannya kebahagiaan

Tuesday, March 19

penafian

kalau la dia tahu yang aku selalu curi pandang kat dia pasti dia malu

kalau dia tahu aku cuba lihat dia walau dari jauh atau dari belakang pasti dia segan

kalau dia tahu bila aku genggam phone aku rasa mahu mesej tanya khabar pasti dia tersipu

kalau dia tahu aku sentiasa harap dia sapa aku dulu tapi aku tahu ia jarang

kalau dia tahu aku cuba untuk muncul setiap detik hidup dia itu rare

kalau dia tahu aku nak cakap aku suka dia memang aku malu sendiri

kalau dia tahu rasa suka itu datang kerana dia berada di saat aku sedang lupakan yang lain

kalau dia tahu bahawa aku suka dia untuk tutup suka aku pada orang lain pasti parah

kalau dia tahu setiap kata yang dia lafaz buat aku teringat walaupun ia cuma gurauan 

kalau dia itu wujud..kalau kan kan

aku dan mereka

mereka dalam kurungan mak&ayah

aku mahu mereka tahu aku mahu selamanya jadi anak kecil mereka

anak kecil yang sentiasa merengek
anak kecil  yang mahu itu,mahu ini
anak kecil yang dahagakan perhatian

aku mahu mereka thu yang aku mahu selamanya kelihatan kecil di hati mereka

aku tahu aku sedang meningkatkan dewasa
aku tahu mereka juga sedang meningkat usia
tapi hakikatnya mereka masih muda di mata aku

kerana apa?
kerana aku masih anak kecil
mohon pimpin tangan aku..tolong jangan lepas
aku masih belum pandai berjalan sendri

Monday, March 18

move on la!


 
 
Dalam diam ada seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
 
 
17032013
 

Thursday, March 14

saatnya telah tiba

hari ini kau sedang tersenyum riang
hari ini kau tersenyum gembira
 hari ini senyum terukir bila kau dapat telan semangkuk cendol

tapi pernah kau agak kalau esok kau sudah di atas katil
terbaring lesu..lemah..tanpa ada bicara..kau cuba ukir senyum semanis mungkin

dalam hidup ramai teman di sekeliling
teman yang selalu bersama di waktu riang
tapi pabila kau berdepan dengan kematian kau sedang keseorangan

yang seorang diri menempuh saat paling getir dalam hidup
mereka di sekeliling cuba membantu sehabisnya
berdoa,menyedekahkan apa yang mampu agar urusan kau dipermudahkan

bila waktu telah tiba..kau pergi menghadap Illahi
moga Allah cucurkan rahmat dan tempatkan dalam kalangan orang beriman
in sha Allah



#130313 nenek pergi menghadap Illahi 

Sunday, March 10

cuba diam sat!


 
siapa kau untuk menghukum orang lain dengan cara kau sendiri?
diri sendiri da level paling baik ker untuk mengutuk orang lain?
 
 
aku cuba untuk tak bercerita,tapi aku manusia biasa punya keinginan untuk berkongsi 
ada ketika kita perlu bercerita nak kasi bahu dan kepala jadi ringan
ada kala kita perlu berkata supaya hati jadi lapang
aku tak bermaksud nak aibkan sesiapa,cuma kadang tu aku tak tahan
jiwa aku meronta..lidah aku tak duduk diam..nak juga cakap
 
ya!..aku luah apa yang aku rasa.walau aku mahu pinjam bahu dia untuk nanes,tapi aku cuba untuk tampak hebat dan kuat.tak akan aku benarkan airmata itu jatuh untuk dia yang tak hargai aku.mungkin kerana usia aku mudah terasa.
 
jangan tanya jika aku selalu hilang kerana itu cara aku meringankan apa yang aku sedang pikul
aku ingin bercerita tapi mungkin kau bukan pendengar setia
biar aku ukir kisah aku pada jalanraya..kerana aku yakin kisah aku pasti akan hilang akibat gilisan pengguna jalanraya 

Friday, March 8

bila waktu telah tiba

tak semua soalan akan ada jawapan
kerana tak semua jawapan kita boleh beri

ajal..maut..jodoh..pertemuan
itu rahsia kehidupan,itu rahsia Tuhan

bila kita mati?..macam mana kita mati?..kat mana kita mati?
kalau kau taip kat goggle belum tentu ada jawapan

setiap yang hidup akan mati..itu kehidupan
setiap yang sihat akan sakit..itu kehidupan

mati itu bukan titik..bukan nokhtah..akan ada kehidupan lain kita kena tempuh

kalau kita jaga waktu kita cium sejadah,insyaAllah Tuhan akan jaga kita 

Thursday, March 7

jantung berdegup rancak

selama aku hidup aku belum pernah berpacaran..[motif]
tapi tipu jika aku khabarkan menggatal itu tiada

dalam hidup ni ada sesetengah perkara kalau orang rasa ia biasa pada aku ia cute
kadang-kadang word yang lahir tu mampu buat kau senyum sampai telinga..kadang tu boleh buat jantung jatuh tergolek-golek

barusan tadi messenger aku berbunyi..ya dari PK gila.sebenarnya aku da lama tunggu PK gila datang menyapa dan malam ini dia tiba.membawa mesej yang katanya tersangat penting.jantung aku yang normal bergerak pantas..ya laa apa yang penting sangat.

hajatnya menyuarakan kemaafan untuk segala yang terjadi sewaktu annual camp lepas.ya sudah sebulan ia berlalu.aku cuba untuk tak kenang kisah itu kerana aku jadikan ia sejarah hidup...ok PK gila minta maaf dan akui segala yang terjadi.katanya semua itu cuma gurauan dan tak sengaja...aku blurr seketika.apakah ada yang bercerita atau kesedaran dari dia.kalau ada yang cerita terima kasih kepada pencerita kerana aku hampir nanes malam itu untuk apa yang terjadi..hurmm .benda yang lepas aku tak mahu kenang.semoga PK gila faham apa itu respect


p/s:bila PK gila cakap sorrryyy aku terus rasa nak jatuh chenta..<3 

Monday, March 4

jangan lama-lama

aku dan emosi itu normal.
aku dan rasa mahu marah itu normal
aku dan kemarahan itu normal
aku dan dendam itu tak baik lama-lama

aku pun manusia,punya hati punya nafsu punya jiwa punya akal.kalau aku marah mungkin bersebab.tapi aku cuba untuk tak marah lama-lama.aku cuba tak biarkan api dalam jiwa terbakar lama-lama.aku tak mahu api kemarahan yang mulanya kecil akhirnya mampu bakar banyak jiwa.kalau aku marah aku tak mahu orang lain terbabit sama.kalau berdendam cukup la seminit dua,aku tak mahu dendam itu dari seminit jadi sejam,dari sejam jadi sehari kemudian setahun lalu selamanya..

marah itu jangan lama-lama.ais yang kalau tadi berketul padat,akhirnya cair juga.ya memang masa yang tentukan sama ada cepat atau lambat ais tu cair,cuma marah itu,dendam itu jangan lama-lama.jangan sampai bergenerasi.marah atau dendam untuk perkara yagn tak masuk jiwa itu buduih paham!

Add caption

Friday, March 1

manusia ooo manusia




Sebab apa?
Sebab dari yang buruk kita akan belajar untuk terus menjadi yang baik.
Jika semua baik, apa guna syurga neraka?