Thursday, July 19

ke empatbelas kali

19070815H2012

cuaca yang agak gelap buat aku terpaksa pandu perlahan ke kuarters enPeas.menurut enSul pagi ni nak gerak awal supaya dapat letak alat awal then dapat jejalan kat hutan lipur.aku dengan penuh kenaifan datang awal dan seperti biasa aku juga yang pertama tiba dulu.memandangkan cuaca sangat gelap pagi ni,maka kelewatan mereka dimaafkan.berbekalkan bag coklat di sandang belakang dan beg plastic kuning berisi nasi mandi menjadi peneman di pondok buruk...menanti isuzu putih

pabila semua tiba,perjalanan diteruskan.sampling hari ni di luar kilang dan kawasan sekitar.ia lebih untuk mengetahui apakah ada penyebaran radionuclide yang tersesat di luar tu.maka sampling meliputi flora,sedimen,air dan udara.walaupun hujan rintik-rintik,ia tidak menghalang tugas seorang permanent contractor.

selesai letak alat dan sarapan di ampangan,kami menuju ke koalapilah.since hari ni hari akhir,maka dalam isuzu telah di selit seekor burung tekukur milik enSul dan dua batang joran milik enFiq.setelah tiga hari melepak di pasaraya,maka hari terakhir berubah angin.

kalau orang lain sibuk ambil sampel air,aku hari ni menikmati pemandangan hijau sambil joran ikan.setail teroq baq ang.lepak kat kolam ikan sampai duajam lebih boleh kira awesome kot.dengan cuaca redup angin bertiup nyaman buat aku rasa leka dan lari dari kehidupan bandar.rekod membanggakan bila enPeas mampu dapat anak ikan berserta seekor siput,diikuti oleh enFiq satu anak ikan bersama ibunya dan aku,seekor ikan kecil.enSul berjaya tangkap seekor tekukur tapi dilepaskan kerana tidak seperti yang diinginkan.

aku memang suka kerja luar.,sudah la balik awal..huhu....selain tu makan juga terjaga maklum la pacik-pacik tu belanja...tak ke rasa awesome...^_^





baek esok masuk office..tapi boss p genting...huntung-huntung bole cabut awal,maklum la jumaat =)

No comments:

Post a Comment